| BIRO |
AKTIVITI
TERKINI |
BUTIRAN |
| Biro
Pendidikan dan ICT |
Projek
Kelas Komputer Bagi Orang Kurang Upaya Di Bengkel
Pemulihan Pulau Kerengga JKM Terengganu |
Pokuat
melalui Biro ICT dan pendidikan telah mengemukakan
permohonan bagi mewujudkan kelas komputer di salah
sebuah Institusi JKM Terengganu kepada Jabatan perdana
Menteri di bawah peruntukan ICU melalui Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan
kebajikan Masyarakat Terengganu.
|
| Biro
Kebajikan |
Program
Lawatan ke USM Pulau Pinang dan Melawat Tempat-Tempat
Menarik di Pulau Pinang
|
Pokuat
sedang merancang untuk mengadakan lawatan ke tempat
menarik di Pulau Pinang dan di USM pulau
Pinang POKUAT ingin melihat sendiri pembangunan
yang dilakukan oleh USM dalam usaha-usaha memberi
kesejahteraan untuk Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)
serta memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam
soal yang berkaitan dengan OKU. |
| Biro
Ekonomi |
Kursus
Usahawan Bagi Orang Kurang Upaya |
POKUAT
telah menghantar dua kertas kerja dalam hal yang
berkaitan kepad
1.
Kementerian Perpaduan negara dan Pembangunan Masyarakat
2.
Kementerian Pembangunan Usahawan |
| Biro
ICT dan Pendidikan |
Projek
Laman Web Untuk Pusat Dalam Komuniti (PDK) JKM
Terengganu |
POKUAT
telah menawarkan khidmat secara percuma bagi melatih dan
membangunkan Laman Web bagi Guru-Guru PDK seluruh
Terengganu dan kertas kerja berkaitan telah dihantar
kepada JKM Terengganu |
| Biro
Kebajikan dan Keahlian |
Kajian
terhadap Kemudahan OKU di Daerah Kuala Terengganu dan
Kesedaran/Tanggungjawab Sosial Masyarakat Terhadap OKU
di Daerah Kuala Terengganu |
Suatu
kertas cadangan telah dihantar kepada Unit Pembangunan
Insan bagi menjalin kerjasama dalam isu yang berkaitan
dan suatu laporan akan disiapkan untuk diserahkan kepada
Kerajaan Negeri Terengganu. |
| Biro
Sukan |
Pasukan
Bolasepak POKUAT |
POKUAT
telah menubuhkan satu pasukan BOla Sepak dan mempelawa
mana mana pihak untuk mengadakan perlawanan persahabatan
dengan POKUAT. |